Tuesday, August 24, 2010

MMU Putra DB Team ber-Futsal!!

MMU Watersports Club telah menganjurkan aktiviti riadah untuk MMU Putra Dragon Team iaitu "Futsal". Idea ini telah di usulkan oleh Shaherul yang mana ini merupakan sesi riadah bersama-sama semua crew MMU Putra Dragon Boat Team. Selain itu, aktiviti riadah seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara semua crew-crew dragon boat kerana setelah habis PIDBF di Penang tempoh hari, inilah saja masa untuk crew-crew MMU Putra dapat berkumpul bersama-sama.


Ia telah berlangsung pada 23 August 2010 baru-baru ini. Aktiviti Futsal ini telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 10pm hingga 12am bertempat di Prima Avenue Oldtown Futsal Court. Seramai 27 orang crew telah hadir untuk menyertai futsal pada malam itu. Aktiviti futsal berjalan dengan meriah walaupun tidak semua crew dapat hadir atas kekangan waktu dan dateline assignment yang semakin dekat.

Pihak MMUWC mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti riadah sebegini. SAPE KATA BUDAK WATERSPORT TAK RETI MAIN FUTSAL?? :)

Insyaallah di lain masa, MMUWC akan mengajurkan lagi aktiviti-aktiviti riadah sebegini untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli MMUWC dan memeriahkan Kelab kita. Belum terlambat untuk MMUWC mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa!!

Berikut terdapat beberapa gambar semasa aktiviti Futsal berjalan:








Any inquiries about our activities/events do add MMUWC:
Email & YM: mmuwatersportsclub@yahoo.com
To get new updates and news do log in to:

To view past events pictures do log in to:

Getting to know MMUWC members and HiCOM do join:

To register for MMUWC membership do fill in this form:


No comments:

Post a Comment

Followers