Friday, August 13, 2010

Adikara Ledang Challenge 2010

Progam ini merupakan salah satu eco challenge yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Gunung Ledang. MMU Watersport Club telah menghantar satu team yang terdiri daripada 4 orang iaitu:

1. Ahmad Estaffan Ammir (Efan)
2. Hizar Farhan (Paan)
3. Zhariff Ayaz (Zhariff)
4. Nur Shahidayu Shariff (Ayu)

Acara ini berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Gunung Ledang.
Hari pertama pertandingan, mereka dikehendaki berkayak sejauh 7km dari ladang lanadron ke pekan gersik. Kemudian terus berbasikal sejauh 34km dari pekan gersik ke Kolej Komuniti Ledang Johor.
Pada hari kedua, acara berbasikal sekali lagi yang mena telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor. Berbasikal adalah sejauh 50km bermula dari gersik KKLI ke Gunung Ledang. Untuk acara ini, cuma 2 orang dikehendaki melengkapkan acara ini iaitu Ayu dan Paan. Bagi acara pendakian gunung ledang, Efan dan Zhariff mewakili MMU dengan mendaki sejauh 20km.
MMU CJ team berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara kayak. MMU Watersport Club mengucapkan TAHNIAH atas pencapaian mereka!





Any inquiries about our activities/events do add MMUWC:
Email & YM: mmuwatersportsclub@yahoo.com
To get new updates and news do log in to:

To view past events pictures do log in to:

Getting to know MMUWC members and HiCOM do join:

To register for MMUWC membership do fill in this form:

No comments:

Post a Comment

Followers