Sunday, May 30, 2010

Reef Lover 2 2009/2010

Reef Lover 2 kali ini telah berlangsung pada 20 hingga 23 Mei 2010 (4 hari 3 malam) yang lepas di Pulau Perhentian, Besut Terengganu. Seramai 85 orang peserta daripada MMU Melaka dan Cyberjaya telah mengikuti program ini.


Reef Lover merupakan satu program tahunan yang dianjurkan bersama tiga buah kelab dari Universiti Multimedia iaitu Youth Development Club Melaka, University Peer Group Cyberjaya dan Watersport Club Cyberjaya. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Multimedia (STAD), Jabatan Laut Malaysia dan JKKK Kg. Pulau Perhentian. Program yang berlangsung selama 4 hari ini telah mendapat tajaan daripada Seahorse Divecenter Pulau Perhentian.

Objektif program ini adalah untuk menanamkan minat cintai alam sekitar kepada para mahasiswa Multimedia Universiti. Ia juga membolehkan ilmu yang dipelajari di kampus dapat dikongsi kepada para penduduk kampung. Selain itu, ia dapat mengeratkan silaturahim antara para mahasiswa dengan Penduduk Kampung serta agensi-agensi yang terlibat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama 4 hari program ini berlangsung. Antaranya ialah LDK bersama pelajar sekolah, futsal, pertandingan mewarna dan sukan rakyat. Gotong royong juga telah dijalankan untuk membersihkan di sekitar pantai. Manakala, para penyelam membuat kerja pembersihan di bawah laut dilakukan di Jeti Taman Laut, Teluk KK dan juga Batu Nisan.Aktiviti pembersihan bawah laut ini dipantau oleh pihak Jabatan Laut dan juga Seahorse Dive Centre. Hasilnya, terdapat banyak sampah dan COT (tapak sulaiman yang memusnahkan batu karang) yang telah di kutip dan dilupuskan.


Pada hari ketiga program ini berlangsung, kesemua peserta memulakan perjalanan ke Pulau Rawa dan aktiviti snorkeling dan bola sepak pantai telah dijalankan. Sejajar dengan objektif program, pembersihan di sekitar pantai juga telah dijalankan oleh kesemua peserta program.Pada sebelah malamnya, aktiviti bersama Jabatan Taman Laut bagi melengkapkan para peserta dengan info-info terkini mengenai alam sekitar. Acara penutup program dijalankan di Pusat Taman Laut ini telah disempurnakan oleh Encik Fazli selaku wakil dari STAD Universiti Multimedia.






Untuk mengetahui update terkini Watersport Club boleh lah menjenguk link di bawah:

Any inquiries about our activities/events do add MMUWC:
Email & YM: mmuwatersportsclub@yahoo.com
To get new updates and news do log in to:

To view past events pictures do log in to:

Getting to know MMUWC members and HiCOM do join:

To register for MMUWC membership do fill in this form:

Followers